
Pagi 27/6/2010 Isnin aku keluar dari rumah untuk pergi kerja. Pada hari tersebut hati aku tenang dan damai. Ada satu perasaan seronok. Pada waktu itu aku tak tahu apa sebenarnya perasaan yang ada dalam diri. Sampai sahaja di sekolah, perasaan tersebut menjadi lebih kuat. Seperti ada yang mendesak-desak hati aku untuk mengeluarkan perasaan tersebut. Aku tidak melengahkan masa terus ke makmal komputer sekolah dan melayari internet. Tujuan utama aku ialah untuk mendapatkan wajah bayi. Ya, wajah bayi untuk dilukis. Pada ketika itu naluri aku mendesak. Akhirnya aku terpikat pada satu wajah yang sangat comel. Sewaktu aku melihat wajah bayi yang telah siap dicetak, aku teringin sangat untuk melukis. Jadi tanpa melengahkan masa lagi aku terus ke padang sekolah. Di situ aku bersendirian melakar. Setelah siap melakar, aku terlalu seronok dan menelefon isteriku..aku menceritakan kepadanya bagaimana perasaan yang melanda hatiku..Aku beritahu kepada isteriku mungkin pada hari ini atau esok, anak yang telah isteriku kandungkan akan lahir. Isteriku hanya ketawa. Aku hanya tersenyum dan mengatakan kepada hatiku bahawa anakku akan lahir pada hari ini.
10.30 PM 28/6/2010 : Sudah mula ada kontraksi. Perut isteriku mula mengeras untuk tempoh sejam sekali. Hatiku berdetik dan mengatakan inilah saatnya. Pada jam 4.30 pagi, isteriku turun darah dan pada jam 5.30 pagi dengan perasaan yang sangat gembira aku bawa isteriku ke hospital. Pada jam 6.22 isteriku telah dibawa masuk ke dalam dewan bersalin dan...... pada jam 9.17 pagi, 29/6/2010 lahirlah puteriku yang telah aku tunggu dengan penuh kerinduan selama 38 minggu sehari.. Alhamdulillah.. Ku namakan puteriku NUR HANIS INSYIRAH...
Yang menariknya, dari banyak wajah bayi yang aku lihat melalui internet, aku terpikat pada wajah seorang bayi perempuan. Aku tidak mengetahui jantina anakku kerana aku memang tidak mahu tahu. Mungkin inilah yang dikatakan NALURI SEORANG AYAH.. dan akhirnya Allah SWT mengurniakanku seorang puteri. Dan pada jam 12.45 pagi 30/6/2010 aku berjaya menyiapkan lukisan yang telah aku mulakan pada pagi 28/6/2010..
aku dedikasikan lukisan ini untuk puteriku. Mudah-mudahan menjadi insan yang sentisa mendahulukan ALLAH SWT dari segala-galanya...Amin..