Aku seorang guru yang meminati seni lukis..MEMORI DI ATAS KERTAS aku jadikan platform untuk mengembangkan lagi kemahiran dalam dunia seni lukis terutamanya seni potret...
Pembuka Memori...
Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..
HASIL SENI AKU
Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...
Tuesday, November 30, 2010
TEMPAHAN KEY CHAIN
Assalamualaikum. Entri kali ini adalah makluman bahawa aku kembangkan lagi cabang seni aku kepada penghasilan key chain. Alhamdulillah, baru2 ni aku ada menerima tempahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau untuk dijadikan tanda peringatan kepada ahli kelab Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah. Alhamdulillah juga kerana aku berjaya menyiapkannya dengan lancar. Dengan tersenyum puas hati, dalam diri aku ini turut berdoa agar yang menempah berpuas hati dengan hasil kerja aku.
Juga aku tak lupa mengucapkan terima kasih kepada anak2 muridku kerana berbesar hati menghabiskan stok key chain aku sebelum ini. Senyuman yang digariskan di bibir kalian tatkala menerima key chain hasil kerja aku merupakan kepuasan yang tak terhingga kepada diri aku. InsyaAllah selepas ini jika masih ingin menempah, terus sahaja menghubungi ustaz kalian ni kerana aku sentiasa bersedia menggembirakan hati sesiapa sahaja dengan seni yang ingin aku ketengahkan walaupun mungkin ada yang menganggap ianya seni murahan.
Jadi kepada sesiapa yang ingin menempah key chain dari aku, bolehlah tengok iklan yang dah aku sediakan di belah kanan blog aku ni. Semuanya tertera di situ. Untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi aku samada melalui SMS atau call terus.. kesudian hampa membaca entri kali ini aku ucapkan jutaan terima kasih..Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..
Nk tempah keychain boleh lg ke
ReplyDeleteboleh saya tahu pen yang anda guna untuk menulis diatas keychain tu jenama apa? saya nak try sendiri.
ReplyDelete