Pembuka Memori...

Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..

HASIL SENI AKU

Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...

Tuesday, June 29, 2010

NALURI SEORANG AYAH



Pagi 27/6/2010 Isnin aku keluar dari rumah untuk pergi kerja. Pada hari tersebut hati aku tenang dan damai. Ada satu perasaan seronok. Pada waktu itu aku tak tahu apa sebenarnya perasaan yang ada dalam diri. Sampai sahaja di sekolah, perasaan tersebut menjadi lebih kuat. Seperti ada yang mendesak-desak hati aku untuk mengeluarkan perasaan tersebut. Aku tidak melengahkan masa terus ke makmal komputer sekolah dan melayari internet. Tujuan utama aku ialah untuk mendapatkan wajah bayi. Ya, wajah bayi untuk dilukis. Pada ketika itu naluri aku mendesak. Akhirnya aku terpikat pada satu wajah yang sangat comel. Sewaktu aku melihat wajah bayi yang telah siap dicetak, aku teringin sangat untuk melukis. Jadi tanpa melengahkan masa lagi aku terus ke padang sekolah. Di situ aku bersendirian melakar. Setelah siap melakar, aku terlalu seronok dan menelefon isteriku..aku menceritakan kepadanya bagaimana perasaan yang melanda hatiku..Aku beritahu kepada isteriku mungkin pada hari ini atau esok, anak yang telah isteriku kandungkan akan lahir. Isteriku hanya ketawa. Aku hanya tersenyum dan mengatakan kepada hatiku bahawa anakku akan lahir pada hari ini.

10.30 PM 28/6/2010 : Sudah mula ada kontraksi. Perut isteriku mula mengeras untuk tempoh sejam sekali. Hatiku berdetik dan mengatakan inilah saatnya. Pada jam 4.30 pagi, isteriku turun darah dan pada jam 5.30 pagi dengan perasaan yang sangat gembira aku bawa isteriku ke hospital. Pada jam 6.22 isteriku telah dibawa masuk ke dalam dewan bersalin dan...... pada jam 9.17 pagi, 29/6/2010 lahirlah puteriku yang telah aku tunggu dengan penuh kerinduan selama 38 minggu sehari.. Alhamdulillah.. Ku namakan puteriku NUR HANIS INSYIRAH...

Yang menariknya, dari banyak wajah bayi yang aku lihat melalui internet, aku terpikat pada wajah seorang bayi perempuan. Aku tidak mengetahui jantina anakku kerana aku memang tidak mahu tahu. Mungkin inilah yang dikatakan NALURI SEORANG AYAH.. dan akhirnya Allah SWT mengurniakanku seorang puteri. Dan pada jam 12.45 pagi 30/6/2010 aku berjaya menyiapkan lukisan yang telah aku mulakan pada pagi 28/6/2010..
aku dedikasikan lukisan ini untuk puteriku. Mudah-mudahan menjadi insan yang sentisa mendahulukan ALLAH SWT dari segala-galanya...Amin..

Saturday, June 26, 2010

Me, Myself... Satu Dugaan...





Melukis wajah sendiri adalah satu cabaran buat diriku..bukan sesuatu yang mudah..sejak dulu sampai sekarang ada sahaja masalah yang aku hadapi untuk melukis potret sendiri. mungkin masalah dalam diri yang menyebabkan ia terlalu sukar..bila melukis wajah sendiri secara otomatiknya kita inginkan 100% yang terbaik sedangkan diri ini masih belum mencapai tahap tersebut..jadi, berperang dengan diri sendiri adalah sesuatu yang sukar..tetapi setelah lama berperang akhirnya berjaya juga aku melaksanakan apa yang aku inginkan..walaupun bukan 100%, ianya tetap membuatkan aku berpuas hati kerana aku dapat mengaplikasikan apa yang aku belajar dari pemerhatian..sebagai seorang yang tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang seni, observation sangat penting..dan akhirnya, pada hari ini 27/6/2010 aku berjaya menyiapkanya..aku telah melangkah setapak ke hadapan..setelah halangan ini aku berjaya atasi, insyaAllah tidak lama lagi aku akan berusaha untuk menyiapkan lebih banyak potret teman2 dan sesiapa sahaja yang berminat dengan hasil kerja aku.. insyaAllah..



,

Sunday, June 20, 2010

POTRET HARI INI



Hasil kerja aku yang terbaru..aku berjaya siapkan pada hari ni 21/6/2010 pada pukul 12.15 am tadi. Alhamdulillah berjaya juga aku menyiapkannya walaupun ada kekangan. Sehari aku ambil masa untuk siapkan. Dengan melayan anak, kenduri aqiqah di rumah mertua, isteri yang sarat dan banyak lagi, akhirnya dapatlah hasil sebagaimana yang dipaparkan. Buat pengetahuan semua, aku jarang melukis potret wanita. aku lebih cenderung melukis potret lelaki. Tapi, sekali sekala potret wanita perlu juga dilukis. Untuk mempertajamkan kemahiran. Terima kasih aku ucapkan kepada sahabatku yang sudi membenarkan aku menjadikan dirinya sebagai subjek lukisan aku. Jasamu akan ku kenang. Nanti aku poskan potret ni. Terima kasih juga untuk bayarannya. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki kerana terdapat banyak kelemahan. Jadi, aku akan berusaha dengan lebih gigih sebelum aku membuka blog ini untuk tempahan potret...

Saturday, June 19, 2010

Koleksi Lukisan Potret

Muhammad Nor Haidhar Syazwan. Aku memorikan wajah anakku di dalam lukisanku. Agak lama masa yang diambil untuk menyiapkan lukisan ini kerana kekangan tugas sebagai seorang guru.


Potret Adindaku, Muhammad Nor Rifa'ie


Memori di atas kertas ku mulakan dengan paparan wajah adindaku yang baru siap ku lukiskan pada 17/6/2010. Lukisan potret ini adalah langkah permulaan kepadaku dalam usaha untuk menajamkan lagi kemahiran melukis, terutamanya seni potret.. positif atau negatif bukan ukuran kepadaku.. setelah bertahun-tahun terumbang ambing mencari identiti dan pengkhususan dalam seni lukisan, alhamdulillah kini aku telah bertemu dengan apa yang aku inginkan.. jadi, kepada teman-teman..bantulah aku dalam menimba ilmu seni ini..
Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..