Pembuka Memori...

Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..

HASIL SENI AKU

Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...

Sunday, August 21, 2011

Aku Dan Novel

Assalamualaikum...

Selamat menyambut fasa ke-3 dalam bulan ramadhan.. 10 hari terakhir adalah hari di mana kita akan dibebaskan dari azab api neraka sekiranya beribadah dan bertaubat dengan penuh keikhlasan..jadi berusahalah unutk mendapatkan rahmat Allah SWT dan sentiasalah ikhlas dalam beribadah.. bila dah masuk fasa ke-3 maknanya tidak lama lagi ramadhan akan meninggalkan kita..terasa sayu di hati kerana bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita..terasa sebak di hati..bagaikan ada ombak samudera yang meraja menggila di sudut hati yang dalam..Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu ini yang banyak melakukan dosa..ampunkanlah daku ya ALLAH...

Ok lah pasa sahabatku, entri kali ni hanya ingin membincangkan satu perkara yang dah lama aku pendam iaitu minat aku terhadap novel..salah satu cabang seni jugak iaitu seni penulisan..satu ketika dahulu, aku sering membaca novel.. sama ada aku beli sendiri, ataupun di perpustakaan atau pun aku pinjam dari kawan2..minat aku terhadap novel ini membawa aku ke satu dunia seni yang baru (pada ketika itulah...)iaitu seni menulis sehinggalah terhasilnya novel pertama aku yang tak pernah di publish sehinggalah ke hari ini..(ramai yang tanya kenapa aku tak hantar kepada penerbit? aku sering memberikan jawaban yang novelku tidak layak unutk diterbitkan kerana siapalah aku.. aku berhasil menyiapkan novel tersebut pada tahun 2004 dan pada ketika itu aku sedang menyiapkan degree aku di medan indonesia.. Novel yang aku beri judul "KEMBOJA MEWANGI DI PUSARA" terperam buruk dalam simpanan aku..

baru-baru ini, aku menyelongkar semula kotak2 bahan2 kuliah aku satu ketika dulu dan terjumpalah manuskrip novel aku tu dan hehe..aku pun keluarkan dan berangan-angan unutk mencari penerbitnya..hehehe(Satu angan2..)sebelum2 ini, aku tetap menulis dan penulisan aku banyak terarah ke sajak dan penciptaan lirik2 nasyid..di samping itu juga aku ada menyediakan kertas2 kerja kajian bagi memenuhi curiosity aku sendiri..tapi pada akhir2 ini, keinginan aku untuk menyambung penulisan novel kembali membuak-buak..ntahlah, aku pun tak tau sebabnya..Hanya ALLAH yang tahu.. aku sentiasa berdoa kepada Allah agar sentiasa mengekalkan semangat aku dalam apa jua perkara yang positif... amin...

jadi kepada kawan2, wajarkah aku mencari publisher untuk novel aku tu? kalau perlu, kepada siapa? aku juga teringin untuk membukukan sajak2 aku..walaupun tak sehebat para sasterawan2 di luar sana, aku juga mengharapkan agar buah fikiran aku dapat dikongsi bersama saudara seagama..insyaAllah..kalau kawan2 ada cadangan atau idea, tolonglah maklumkan kepada aku na...

Sekian sahaja Assalamualaikum...

Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN YANG MULIA

Assalamualaikum..dah agak lama aku tidak berblog..tahun ni aku terlalu sibuk dengan amanah tugasan yang aku pikul sebagai ketua panitia Pendidikan Islam di sekolah.. terlalu banyak yeng perlu diselesaikan dan ianya berterusan dari hari ke sehari..tapi Alhamdulillah ia banyak mengajar aku erti tanggungjawab sebenar.. Alhamdulillah..

Hari ni aku akan mulakan kisah Ramadhan dengan pertenyaan2 ringkas :
1. Kenapa bila Ramadhan baru masjid penuh?
2. Kenapa ia hanya penuh di waktu malam?
3. Kenapa waktu solat lain ia hanya seperti hari2 biasa ja di masjid?
4. Kenapa di waktu solat zohor dan asar, jemaah tidak ramai sepertimana di bazar Ramadhan?
5. Kenapa di bulan Ramadhan yang Mulia ini pembaziran berlaku?
6. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sebenarnya banyak lagi pertanyaan yang nak aku ajukan..tapi kalau aku ajukan jugak rasanya apa yang aku nak nukilkan pada hari ini akan jadi tersangatlah panjang..
Aku ada bertanyakan anak-anak muridku apakah hikmah berpuasa? Ada yang menjawab :
- Untuk meningkat ketaqwaan kepada Allah.. Bagus jawapannya..
- Untuk merehatkan sistem penghadaman.. Bagus jugak jawapannya..
- Untuk merasai kesengsaraan yang dirasai oleh insan-insan yang tidak berkemampuan.. Allah..jawapan yang menyentuh perasaan
- Mengajar kita menjadi insan yang berdisiplin, baik tingkah laku dan istiqamah dalam beribadah... JAWAPAN YANG PALING AKU SUKA DARI ANAK MURID AKU!!!!

"Istiqamah dalam beribadah" satu ungkapan yang jarang-jarang sekali umat Islam ungkapkan dalam bulan Ramadhan.. Selalunya para2 pendakwah selalu menekankan hal ini dalam kuliah2 mereka. selalunya di masjid2 dan surau2.. tapi faham2 lah sebab apa ia tak sampai.. Masjid hanya dipenuhi pada malam awal ramadhan sahaja..

Sebenarnya sahabat2ku, saudara2ku sekalian, Ramadhan ini mengajar kita erti istiqamah dalam beribadah. kalau sebelum ini ibadah-ibadah yang kita lakukan bagai melepas batuk di tangga. tapi selalunya pa bulan Ramadhan kita akan berasa semangat untuk beribadah.. tapi yang sayangnya, semangat itu selalunya pudar pada fasa ke 3 bulan Ramadhan..

Sedarlah wahai Saudaraku, wahai sahabatku.. Ramadhan yang diberkati adalah Ramadhan yang boleh mendidik kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Kalau sebelum ini kita sambil lewa dalam beribadah, ramadhan boleh mendidik kita menjadi seorang yang bersungguh-sungguh dalam beribadah.. yang berterusan dalam menunaikannya.. Bagaimana pula nak mengekalkan istiqamah? Tiada satu jawapan yang tepat untuk soalan ini tetapi kita boleh berusaha mencarinya.. ikhlaslah dalam beribadah.. sentiasalah memotivasikan diri.. bermuhasabahlah sekerap2nya... insyaAllah, kita akan dapat mengekalkan semangat dalam beribadah..

Selamat beristiqamah dalam beribadah wahai umat Islam yang menyambut Ramadhan dengan penuh rasa rindu dan bahagia...

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh... Selamat hari Guru kepada semua guru di malaysia. Walaupun dah terlambat untuk mengucapkannya, tapi aku tetap mahu ucapkannya kepada semua guru di malaysia terutamanya kepada guru-guru yang telah mendidik aku untuk menjadi seorang guru juga..hehe

16 Mei setiap tahun adalah hari penghargaan kepada semua guru. tahun ini seperti tahun-tahun sebelum, bonda ku tercinta tidak lupa untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" untukku dan ianya sekaligus menguatkan lagi semangat aku untuk terus mendidik anak seagama dan sebangsa denganku. guru, cikgu, ustaz dan yang seangkatan dengannya adalah satu proofesi yang mulia.. walaupun pada hari ini profesi ini dianggap sebagai satu profesi yang hanya diletakkan pada pilihan yang terakhir dalam senarai kerjaya pilihan, tetapi ia tetap menjadikan ia sebagai satu tugas yang mulia walaupun insan yang memilih kerjaya ini dalam keadaan terpaksa..

Wahai insan yang bernama guru, samada terpaksa atau dengan kerelaan sendiri, sedarlah! kerjaya yang kita pilih ini adalah mulia di sisi Allah.. cukuplah dengan kita fahami bahawa kitaran atau siklus pahalanya adalah sehingga ke hari kiamat.. aku berbangga menjadi guru kerana inilah kerjaya yang aku cita-citakan sejak aku duduk di bangku sekolah lagi..dari murid kelas pemulihan yang tidak tahu mengira dan sekarang aku sudah menjadi seorang guru.. TERIMA KASIH CIKGU.. jasamu yang tidak pernah mengenal putus asa mendidikku menjadi seorang insan tidak akan aku lupa sehingga ke akhir hayatku...kesungguhanmu mendidik seorang Muhammad Nor Shahrin Bin Shamsuddin telah menjadi pendorong dan penguat semangat kepadanya untuk menjadi seorang guru.. Terima Kasih kepada cikgu Maimunah, guru kelas pemulihanku yang sekarang ntah dimana beliau berada..

Selamat Hari Guru Buat Semua guru-guru di Malaysia.. Assalamualaikum...

Friday, May 6, 2011

Aku, kertas, pensil dan seniku...

Assalamualaikum pembuka bicara..MasyaAllah dan Subhanallah pemanis kata..Alhamdulillah penenang jiwa, Allahu Akbar Allah Maha Esa.. Setelah sekian lama blog aku ni tidak di update, maka pada hari kesempatan yang Allah kurniakan kepada aku akan aku manfaatkan agar ruangan blog ini terisi dengan kata-kata aku..

aku sebagai hamba Allah, seorang guru, seorang anak, seorang abang, seorang ayah, seorang suami, seorang anggota masyarakat dan banyak lagi sememangnya tidak dapat lari dari kesibukan hidup duniawi dan ukhrawi. kadang aku terfikir mampukah aku untuk melaksanakan kesemua tanggungjawab aku sebagai seorang... yang berbagai..dan apabila diteruskan berfikir, pada pengakhiran pemikiran itu aku akan jumpa dengan satu ungkapan.. "hang mau atau tak mau, hang wajib laksanakan tanggungjawab hang..." dan akhirnya, aku tetap dan secara berterusan melaksanakannya... tapi dengan kesibukan aku terkadang aku terabai juga tanggungjawab aku terhadap nilai estetika yang ada dalam badan aku ni.. ntahlah..kadang otak aku tertanya pada hati aku ni, "hang ni suka melukis ke dak?"
hati aku akan jawab, "aku suka melukis lebih lagi dari macam kawan2 aku suka tengok bola..aku suka melukis lebih lagi dari kawan2 aku yang suka explore tempat lain lain untuk mencari keseronokan baru..aku sukaaaaaaaaaa sangat melukisss!!!!" otak bertanya lagi.. "dah tu awat hang jarang melukis dah la ni?" hati menjawab.. "aku tak boleh abaikan tanggungjawab aku yang bertimbun.. masa aku terhad sangat.. kadang bila aku pegang ja pensil, anak aku akan panggil...ABAHHHHHH!!! (hehe..kalau macam tu macam mana aku nak melukis?"
otak terkedu tanpa sebarang jawapan...

masa amat cemburu dengan aku..24 jam yang Allah kurniakan, buat masa ni ruang untuk melukis tu takdak.. nak kata aku ni berpangkat besaq dak pun..tapi kerja sentiasa ada..dari pagi sampai ke malam..cuma waktu tidur ja aku boleh berehat..tu pun masa tidur pun kadang2 tak cukup..bukan keluhan atau apa2 sahaja..cuma bermonolog dengan diri sendiri untuk menyedapkan hati sendiri..hehehe dah lah, aku ada kelas..jumpa lagi noooo...
assalamualaikum....

Wednesday, December 29, 2010

Mix Medium Potrait






Salam 'Alaik.. Hasil kerja yang terbaru.. Mix medium: Warna Pensil, Soft Pastel dan Poster Color.. Masih banyak yg perlu diperbaiki.. Syukur kepada ALLAH SWT kerana memudahkan proses menyiapkan lukisan ini dengan meminjamkan sedikit kemahiran melukis.. Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmus solihaat... Maaf, Pic ni gelap disebabkan kemera. InsyaAllah selepas ini, paparan akan lebih jelas dengan pembelian kamera baru..

Saturday, December 18, 2010

SENI...

Assalamualaikum.. Kali ni tiada hasil karya yang ingin ku paparkan. Cuma ingin berkongsi rasa hati di jiwa aku ni. Baru sebentar tadi aku buka akaun fecebook aku dan bila aku menatap paparan yang ada pada home wall post, tiba-tiba aku terpandang dan kemudian membaca wall post dari salah seorang pelukis terkenal tanah air, Pak Aris Aziz.. Aku telah banyak menatap karya-karya beliau. Aku kenal wajah beliau..dia pelukis tersohor..kalau nak dibandingkan dengan aku.. aku hanyalah anak murid di darjah satu sedangkn beliau adalah seorang guru besar. Aku terkesan dengan kata-kata beliau sebentar tadi yang aku baca di dalam wall post beliau.. jom kita sama-sama kongsi..

Menurut Pak Aris Aziz :

"Seni adalah rasa yang hidup dijiwa. Lukisan bukan Seni. Lukisan hanya alat perantaraan pada menyatakan sesuatu yang indah atau sebaliknya (Seni)...Seni Bukan Kemiskinan, Seni juga bukan Kekayaan..."

(Rujukan : kata-kata Aris Aziz di dalam wall post facebook beliau)

"Seni adalah rasa yang hidup di jiwa." Ungkapan inilah yang betul-betul menyentuh jiwa dan raga aku. bagai ada satu angin yang berhembus kencang di dalam hati aku..merasakan seni yang bersebati di dalam hati. Setiap manusia di dalam dunia yang Allah SWT jadikan mempunyai jiwa yang inginkan kesenian. Ia bukan sesuatu yang boleh dihalang kerana ia adalah rasa di dalam jiwa. Setiap insan gemar akan estetika. Keindahan akan kecantikan, Keindahan akan kehudohon, keindahan akan kemiskinan, keindahan akan kekayaan dan berbagai lagi..Estetika di dalam diri manusia itu adalah salah satu rasa seni di dalam jiwa..hmmm ntahlah, aku pun tak tahu apa yang tulis.. Hati dan akal sedang berperang menghayati ungkapan tersebut..

"SENI BUKAN KEMISKINAN DAN SENI JUGA BUKAN KEKAYAAN.."

Pandai-pandai lah korang hayati..

Itu sahaja untuk kali ini..aku nak meneruskan perjuangan aku dalam mengekalkan rasa seni di dalam hati.. Kerana dengan seni juga kita dapat merapatkan diri dengan KHALIK yang telah menjadikan kita..kerana seni ada di mana-mana.. Dengan ber-seni, kita akan memikirkan akan kebesaran Allah SWT.. Assalamualaikum..

Wednesday, December 15, 2010

Potret Perkahwinan




Assalamualaikum..lama tak berblog.. Sibuk dengan anak dan urusan rumah tangga. Alhamdulillah berjaya juga siapkan Potret ni. Tempahan dari kawan lama di sarawak. Lukisan yang aku upload ni baru 80% siap..Sebenarnya lukisan ni dah siap 100% siap..ang 100% tak sempat nak snap sebab batery kamera abih..aku upload yg 80% ni dulu saja untuk diupload dalam facebook aku.. jadilah walaupun 80% dari takdak langsung.. sekurang-kurangnya ada juga entri untuk bulan 12 ni..hehe..apa2 pun terima kasih kepada kawan lama sebab sudi membantu aku untuk memajukan lagi kemahiran aku dalam dunia potret ni...
Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..