Pembuka Memori...

Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..

HASIL SENI AKU

Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh... Selamat hari Guru kepada semua guru di malaysia. Walaupun dah terlambat untuk mengucapkannya, tapi aku tetap mahu ucapkannya kepada semua guru di malaysia terutamanya kepada guru-guru yang telah mendidik aku untuk menjadi seorang guru juga..hehe

16 Mei setiap tahun adalah hari penghargaan kepada semua guru. tahun ini seperti tahun-tahun sebelum, bonda ku tercinta tidak lupa untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" untukku dan ianya sekaligus menguatkan lagi semangat aku untuk terus mendidik anak seagama dan sebangsa denganku. guru, cikgu, ustaz dan yang seangkatan dengannya adalah satu proofesi yang mulia.. walaupun pada hari ini profesi ini dianggap sebagai satu profesi yang hanya diletakkan pada pilihan yang terakhir dalam senarai kerjaya pilihan, tetapi ia tetap menjadikan ia sebagai satu tugas yang mulia walaupun insan yang memilih kerjaya ini dalam keadaan terpaksa..

Wahai insan yang bernama guru, samada terpaksa atau dengan kerelaan sendiri, sedarlah! kerjaya yang kita pilih ini adalah mulia di sisi Allah.. cukuplah dengan kita fahami bahawa kitaran atau siklus pahalanya adalah sehingga ke hari kiamat.. aku berbangga menjadi guru kerana inilah kerjaya yang aku cita-citakan sejak aku duduk di bangku sekolah lagi..dari murid kelas pemulihan yang tidak tahu mengira dan sekarang aku sudah menjadi seorang guru.. TERIMA KASIH CIKGU.. jasamu yang tidak pernah mengenal putus asa mendidikku menjadi seorang insan tidak akan aku lupa sehingga ke akhir hayatku...kesungguhanmu mendidik seorang Muhammad Nor Shahrin Bin Shamsuddin telah menjadi pendorong dan penguat semangat kepadanya untuk menjadi seorang guru.. Terima Kasih kepada cikgu Maimunah, guru kelas pemulihanku yang sekarang ntah dimana beliau berada..

Selamat Hari Guru Buat Semua guru-guru di Malaysia.. Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..