Pembuka Memori...

Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..

HASIL SENI AKU

Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...

Wednesday, December 29, 2010

Mix Medium Potrait






Salam 'Alaik.. Hasil kerja yang terbaru.. Mix medium: Warna Pensil, Soft Pastel dan Poster Color.. Masih banyak yg perlu diperbaiki.. Syukur kepada ALLAH SWT kerana memudahkan proses menyiapkan lukisan ini dengan meminjamkan sedikit kemahiran melukis.. Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmus solihaat... Maaf, Pic ni gelap disebabkan kemera. InsyaAllah selepas ini, paparan akan lebih jelas dengan pembelian kamera baru..

5 comments:

  1. nice pic,tapi banyak yang perlu d perbaiki,cantik tp belum sempurna.

    ReplyDelete
  2. yup..memang terlalu banyak yg perlu diperbaiki..cubaan ke2 menggunakan warna..sangat susah untuk control..tapi alhamdulillah boleh siapkan jugak..hehe

    ReplyDelete
  3. errr ustaz , saya amat mengagumi ustaz kerana saya juga amat minat melukis . saya ada baca apa pendapat ustaz tentang lukisan , tapi bagi saya lukisan yang saya lukis (takkan nak conteng plak)
    adalah tempat saya untuk meluahkan perasaan , mood atu apa saja perkara , betul tak ustaz?

    ReplyDelete
  4. terima kasih liyana..sebenanrnya saya yang banyak belajar dari liyana sebab dengan melihat hasil seni liyana lah saya mula cuba2 menggunakan warna..hmm..lukisan sememangnya tempat yang paling sesuai dalam meluahkan segala2nya..hanya yang memahami sahaja yang mengetahuinya..hehehe duka, gembira dan sebagainya..semua boleh kita tumpahkan di atas hasil seni kita..saya setuju sesangat dengan liyana :)

    ReplyDelete
  5. ustaz saYA NAK tempah sur0h ustaz lukis ..gambar keluarga saya..saaiz paling bsaq

    ReplyDelete

Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..