Pembuka Memori...

Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..

HASIL SENI AKU

Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...

Sunday, October 31, 2010

Bebaskan Palestin




Biarkanlah wajah ini berbicara.......berdoalah kita bersama-sama kerana doa itulah senjata kita yang paling ampuh...

Anak Muridku



Tempahan dari anak didikku..potret simple..aku cuba bermain dengan stroke yang simple..subjek karya aku kali ini adalah seorang yang istimewa..insan yang dilahirkan istimewa tidak seperti insan lain..yang menariknya tentang anak didikku ini, walaupun dia istimewa, dia tidak berasa rendah diri..keyakinan dirinya terpancar jelas dari sinar matanya..tutur kata yang ceria sering membuatkanku tertanya-tanya temannya yang lain sekiranya dia tidak hadir..walaupun dia istimewa, hatinya sentiasa gembira.. semuanya terpancar dari sinar matanya..aku gembira dapat mendidiknya...

Friday, October 22, 2010

BERKARIKATUR SAMPAI LENGUH...




Biar memori yang berbicara......9 oktober aku berkarikatur sampai lenguh tangan..tapi puas hati kerana berjaya melampiaskan nafsu melukis..bermula aku duduk di kerusi pada jam 8 pagi sehinggalah ke pukul 2.30 petang, aku tak berhenti-henti melukis.. selepas sorang, sorang lagi akan menyusul. Begitulah sampai ke akhirnya.. jari jemari aku toksah cerita lah, lenguh..aku terpaksa rushing kerana yang menunggu ramai dan aku sorang sahaja yang dok melukis..jadi, kesipulannya aku tersangatlah sibuk.. alhamdulillah, puas hati..




Beginilah sibuknya aku kerana dikerumuni..



Puas hati weiiii...

Thursday, October 21, 2010

SKETCHING....

Kursus Photoshop dan Pengurusan Web Joomla peringkat Negeri Perlis di makmal komputer JPN Perlis.




Aku menyiapkan lakaran ni dalam masa 10 minit. Kalau tidak disebabkan bosan sebab terpaksa menghadap komputer dari pagi sampai petang, maka tidak akan ada lah lakaran ini. Aku seorang yang cepat bosan apabila melibatkan sesuatu dengan komputer. Jadi, tabiat aku adalah bila bosan, kita kena melukis. dan inilah hasilnya. Di hari terakhir, kebosanan tidak dapat dibendung lagi dan menghasilkan lakaran kanak2 Palestin yang aku tengok dari internet.


Terbaru....



Assalamualaikum pembuka bicara. Sudah agak lama aku tidak berblog..semuanya disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Allah telah mengurniakan kesakitan tulang kepadaku dan alhamdulillah, ujian ini adalah peringatan bagi aku sebagai makhluk yang dijadikan hanya untuk sementara.. peringatan kepadaku yang segala-galanya adalah milik ALLAH SWT.. entri kali ini adalah tempahan dari anak muridku sendiri yang menempah untuk memotretkan wajah ibunya bersempena hari kelahiran ibunya. Aku terharu dengan kesungguhan muridku ini (bernama aisyah) yang sentiasa membuat kejutan bagi meraikan hari kelahiran ibunya. dan pada tahun ini ALlah pertemukan kami berdua untuk menambah lagi kejutan kepada ibunya. Walaupun terlewat dari tarikh sebenar disebabkan aku perlu menghadiri kursus, tapi aku berpuas hati kerana aisyah telah berpuas hati dan ibunya juga...turut berpuas hati. di harap, hasil kerja aku dapat menceriakan mereka. Amin.. ok lah, tengoklah sendiri hasil kerja aku yang mana aku hanya mampu upload kan yang 90% siap sebab bila nak snap untuk yang 100%, batery kamera abisssss... terima kasih kepada aisyah dari kelas 6P...syukran jazilan...
Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..