Kursus Photoshop dan Pengurusan Web Joomla peringkat Negeri Perlis di makmal komputer JPN Perlis.
Aku menyiapkan lakaran ni dalam masa 10 minit. Kalau tidak disebabkan bosan sebab terpaksa menghadap komputer dari pagi sampai petang, maka tidak akan ada lah lakaran ini. Aku seorang yang cepat bosan apabila melibatkan sesuatu dengan komputer. Jadi, tabiat aku adalah bila bosan, kita kena melukis. dan inilah hasilnya. Di hari terakhir, kebosanan tidak dapat dibendung lagi dan menghasilkan lakaran kanak2 Palestin yang aku tengok dari internet.
Aku seorang guru yang meminati seni lukis..MEMORI DI ATAS KERTAS aku jadikan platform untuk mengembangkan lagi kemahiran dalam dunia seni lukis terutamanya seni potret...
Pembuka Memori...
Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..
HASIL SENI AKU
Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..
No comments:
Post a Comment