Pembuka Memori...

Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..

HASIL SENI AKU

Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...

Wednesday, September 22, 2010

Tokwan Teman Sekerjaku..



Tempahan terbaru yang aku peroleh pada penghujung puasa dan baru sekarang aku berkesempatan untuk siapkan. Seminggu aku bercuti raya tanpa menghasilkan karya baru dan potret ini adalah potret pertamaku setelah menyambut lebaran. Dalam maksud lain, Potret Raya. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan aku dalam menghasilkan potret ini. Aku semakin selesa melukis wajah insan yang berusia. Alhamdulillah. Bermula dari kesilapan, hari ni aku berpuas hati 50% dengan hasil kerja aku yang melibatkan insan berusia. Terima kasih kepada teman sekerjaku Jasly Rofizy kerana sudi menempah dan secara tidak langsung membantu aku dalam mempertajamkan lagi skill melukis. Terima kasih sekali lagi. Diharapkan berpuas hati dengan hasil kerjaku. Amin.

TEMPAHAN DAYANG



Assalamualaikum pembuka bicara. Selamat Hari Raya 'Iedulfithri Maaf Zahir dan Batin. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkannya. 'Ied Mubarak..Kullu 'am wa antum bikhair. Ok lah kita tinggalkan dahulu bab raya ni. Sudah agak lama aku tak upload hasil kerja aku yang terbaru. Semuanya disebabkan kesibukan menjalani ibadah puasa. Sepanjang bulan puasa, aku hanya sempat menyiapkan 2 potret bersaiz A3 yag sedang aku paparkan ini sahaja. Tempahan dari seorang teman lama yang berasal dari Sarawak. Dayang kamisiah. Dalam banyak2 potret tang aku siapkan setakat ini, yang ni lah aku rasa paling mencabar sekali. Sebab apa? Semuanya kerana aku kena lukis potret yang sama pada 2 helaian kertas lukisan. Jadi kesemuanya aku perlu melukis 4 wajah. Memang mencabar bagi aku. Alhamdulillah setelah berusaha, aku telah berjaya menyiapkannya. Diharapkan temanku dayang berpuas hati. Segala kekurangan adalah disebabkan akuni seorang manusia yang tidak pernah akan sempurna. Aku berusaha sehabis mungkin unutk menyiapkannya. jadi, inilah hasilnya yang dapat aku persembahkan. Maaf kerana gambarnya kurang jelas. Aku hanya snap menggunakan web cam. Kamera digital aku ada masalah. Sekian sahaja untuk kali ini..
Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..