Assalamualaikum...
Selamat menyambut fasa ke-3 dalam bulan ramadhan.. 10 hari terakhir adalah hari di mana kita akan dibebaskan dari azab api neraka sekiranya beribadah dan bertaubat dengan penuh keikhlasan..jadi berusahalah unutk mendapatkan rahmat Allah SWT dan sentiasalah ikhlas dalam beribadah.. bila dah masuk fasa ke-3 maknanya tidak lama lagi ramadhan akan meninggalkan kita..terasa sayu di hati kerana bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita..terasa sebak di hati..bagaikan ada ombak samudera yang meraja menggila di sudut hati yang dalam..Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu ini yang banyak melakukan dosa..ampunkanlah daku ya ALLAH...
Ok lah pasa sahabatku, entri kali ni hanya ingin membincangkan satu perkara yang dah lama aku pendam iaitu minat aku terhadap novel..salah satu cabang seni jugak iaitu seni penulisan..satu ketika dahulu, aku sering membaca novel.. sama ada aku beli sendiri, ataupun di perpustakaan atau pun aku pinjam dari kawan2..minat aku terhadap novel ini membawa aku ke satu dunia seni yang baru (pada ketika itulah...)iaitu seni menulis sehinggalah terhasilnya novel pertama aku yang tak pernah di publish sehinggalah ke hari ini..(ramai yang tanya kenapa aku tak hantar kepada penerbit? aku sering memberikan jawaban yang novelku tidak layak unutk diterbitkan kerana siapalah aku.. aku berhasil menyiapkan novel tersebut pada tahun 2004 dan pada ketika itu aku sedang menyiapkan degree aku di medan indonesia.. Novel yang aku beri judul "KEMBOJA MEWANGI DI PUSARA" terperam buruk dalam simpanan aku..
baru-baru ini, aku menyelongkar semula kotak2 bahan2 kuliah aku satu ketika dulu dan terjumpalah manuskrip novel aku tu dan hehe..aku pun keluarkan dan berangan-angan unutk mencari penerbitnya..hehehe(Satu angan2..)sebelum2 ini, aku tetap menulis dan penulisan aku banyak terarah ke sajak dan penciptaan lirik2 nasyid..di samping itu juga aku ada menyediakan kertas2 kerja kajian bagi memenuhi curiosity aku sendiri..tapi pada akhir2 ini, keinginan aku untuk menyambung penulisan novel kembali membuak-buak..ntahlah, aku pun tak tau sebabnya..Hanya ALLAH yang tahu.. aku sentiasa berdoa kepada Allah agar sentiasa mengekalkan semangat aku dalam apa jua perkara yang positif... amin...
jadi kepada kawan2, wajarkah aku mencari publisher untuk novel aku tu? kalau perlu, kepada siapa? aku juga teringin untuk membukukan sajak2 aku..walaupun tak sehebat para sasterawan2 di luar sana, aku juga mengharapkan agar buah fikiran aku dapat dikongsi bersama saudara seagama..insyaAllah..kalau kawan2 ada cadangan atau idea, tolonglah maklumkan kepada aku na...
Sekian sahaja Assalamualaikum...
Aku seorang guru yang meminati seni lukis..MEMORI DI ATAS KERTAS aku jadikan platform untuk mengembangkan lagi kemahiran dalam dunia seni lukis terutamanya seni potret...
Pembuka Memori...
Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..
HASIL SENI AKU
Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..
No comments:
Post a Comment