Aku seorang guru yang meminati seni lukis..MEMORI DI ATAS KERTAS aku jadikan platform untuk mengembangkan lagi kemahiran dalam dunia seni lukis terutamanya seni potret...
Pembuka Memori...
Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..
HASIL SENI AKU
Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...
Saturday, July 24, 2010
Alhamdulillah...
Alhamdulillah, satu lagi tempahan berjaya aku siapkan walaupun ada kekangan masa. Satu dugaan bagi aku bila dalam satu masa, aku perlu menguruskan pelbagai perkara. Dan akhirnya, berjaya juga aku siapkan tempahan terbaru ni. Masih ada lagi tempahan yang perlu disiapkan. Aku mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang mempercayai hasil kerja aku. Terimakasih juga aku ucapkan kepada yang menempah kerana dengan tempahan itu semua, dari masa ke masa aku berhasil memperbaiki kemahiran melukis. Walaupun ianya sedikit, tetapi ia tetap memuaskan hati aku sebab aku tetap ada kemajuan. Terima kasih Kepada Cik Nurul Aida dari ipoh perak..
Wednesday, July 21, 2010
Satu Lagi Tempahan
Alhamdulillah.. Satu lagi tempahan berjaya aku siapkan. Sahabatku di sekolah. Guru muzik yang boleh bermain hampir kesemua alat muzik. Juga rakan jaming ku satu ketika dulu. La ni dah tak boleh nak jaming sebab sibuk mengurus keluarga. Hanya boleh melepaskan gian di dalam rumah sahaja. Terima kasih kerana percaya dengan hasil kerja aku. Diharap berpuas hati..terima kasih my pren...
Monday, July 19, 2010
BABY SERIES 3...
Lukisan yang terbaru. Aku siapkan hari ni 19/7/2010. Kebetulan hari ni aku free di sekolah. Sebenarnya, lakaran dah aku siapkan beberapa hari lalu. Tapi tergendala sebab ada tempahan yang perlu disiapkan. Conteng sana, conteng sini, akhirnya berjaya juga aku siapkan. Siri ke - 3 lukisan bertemakan wajah baby. Masih jauh perjalanan aku dalam dunia seni potret ni kalau nak dibandingkan dengan insan-insan yang berbakat di luar sana. Apa pun, aku akan cuba yang terbaik.
Saturday, July 17, 2010
TEMPAHAN YANG BARU DISIAPKAN..
Potret yang baru aku siapkan hari ni..ba'da suboh tadi aku siapkan sepenuhnya.. aku nak ucapkan terima kasih kepada bang man@ Cg. Azman Abdan kerana mempercayai hasil kerja aku. Aku harap aku dah buat yang terbaik untuk memuaskan hati insan-insan yang menempah lukisan potret daripada aku. Aku cuba buat 200%..yang terbaik dari aku dengan harapan semua orang berpuas hati. Apa yang sempurna itu semuanya datang dari Allah dan kekurangan itu sifat semulajadi manusia yang bergelar hamba kepada Khaliq yang MAHA ESA..
Sunday, July 11, 2010
ALONE...
Hasil kerja aku yang terbaru..aku siapkan pada 10/7/2010..Aku berikan judul ALONE kepada hasil kerja aku yang terbaru ni. Yang paling tragisnya, aku siapkan karya terbaru ni dalam ceramah ketika menghadiri kursus. 4 jam aku ambil masa untuk siapkan. Selalunya lukisan aku mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hari atau lebih untuk disiapkan. Tapi, dalam kes ALONE ni, aku berjaya siapakan dalam masa yang singkat sebab aku berjaya memberikan tumpuan sepenuhnya tanpa diganggu. sebetulnya jangan ikut sikap aku ni. Tapi aku tak berupaya menahan mengantuk. Jadi, untuk menghilangkan kebosanan, aku melukis sambil mendengar ceramah. Jangan ikut apa yang aku lakukan ni sebab ia tidak wajar. hehe..
BABY SERIES 2...
Alhamdulillah, aku berjaya jugak siapkan potret baby ni. 2 hari aku siapkan. Alhamdulillah sekali lagi, berpuas hati dengan hasil kerja sendiri walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki. Sedikit demi sedikit aku dah semakin tahu untuk menggunakan atau memvariasikan penggunaan pensil yang berlainan jenis. Dan hasilnya, apa yang terpapar ini. Dari hari ke sehari,isteri aku kata aku semakin berkembang maju dalam melukis. Tiada apa yang mampu aku katakan kecuali alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan aku belajar ilmu seni ni.. Kepada kawan-kawan yang menyukai hasil kerja aku dan ingin menempah, jangan malu dan jangan segan bacalah cara-caranya di tepi blog aku ni. Kalau kawan-kawan di sekolah, boleh lah terus berjumpa aku. InsyaAllah, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kerja yang bermutu..
Monday, July 5, 2010
AYAHANDA KU TERCINTA
Potret yang aku paparkan ini adalah hasil lakaran pantas (quick sketch) yang aku lakukan di sekolah. Ayahanda ku, Shamsuddin Bin Jaini. entah kenapa, dari zaman sekolah sehinggalah hari ini, aku suka sangat melukis wajah ayah ku sendiri. Lukisan ini telah aku lukis beberapa bulan dahulu. Selalunya aku melukis karikatur. Potret ayahku ini adalah langkah permulaan sebelum aku menceburi bidang melukis potret ini. Jadi, aku ni masih budak di luar pagar. Masih belajar... Untuk belajar, aku akan buatnya secara bersungguh-sungguh supaya dapat menghasilkan hasil kerja yang bermutu dan dapat memuaskan hati rakan-rakan...sekian sahaja buat kali ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..