Aku seorang guru yang meminati seni lukis..MEMORI DI ATAS KERTAS aku jadikan platform untuk mengembangkan lagi kemahiran dalam dunia seni lukis terutamanya seni potret...
Pembuka Memori...
Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..
HASIL SENI AKU
Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...
Monday, August 30, 2010
Saturday, August 21, 2010
Latest Artwork
Hasil kerja aku yang terbaru.Ayahanda dan bonda Puan Fariha yang akan dijadikan hadiah sempena ulang tahun perkahwinan. Begitulah menurut Puan Fariha. Alhamdulillah aku dapat menyiapkannya. Satu cabaran baru dalam menyiapkan potret ini sebab melukis insan yang berumur lebih sukar dari melukis insan yang masih muda. Cabaran sebegini mematangkan aku. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Fariha kerana yakin dengan hasil kerja aku.
Sunday, August 15, 2010
TEMPAHAN PUAN MURNI DARUS
Thursday, August 12, 2010
Sekali Sekala Berkarikatur
Sekali sekala berkarikatur dapat menyegarkan otak. Dah agak lama aku tinggalkan dunia karikatur. Entah kenapa 2 3 hari ni aku kembali rindu melukis karikatur. Sesiapa sahaja yang bertentangan dengan aku akan aku karikatur kan. Kadang tu dalam kelas pun akan jadi kerja dan inilah salah satu hasilnya. Karikatur anak muridku sendiri dalam kelas tahun 6. Syahirin.. yang penting dia ceria melihat wajahnya dilukis. Salah satu kelebihanseni lukis yang membuatkan aku sayang akan seni lukis ni iaitu sentiasa menceriakan hati sesiapa sahaja yang melihatnya secara visual..
TEMPAHAN USTAZ AGUS MAIDI
Tempahan bersaiz A3. Aku mengambil masa yang agak lama untuk siapkan tempahan ni disebabkan oleh sibuk menguruskan anak ku haidhar dan insyirah. 4 hari bukan masa yang baik tapi alhamdulilah berjaya juga disiapkan. Cabaran yang akan selalu aku hadapi dalam menyiapkan tempahan.. menguruskan anak, mengurusknan kerja hakiki sebagai guru, sibuk sebagai seorang anak kepada ibu bapa.. InsyaAllah, walaupun terlambat, aku akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menghasilkan karya yang berkualiti.. kepuasan yang menempah adalah keutamaanku.. terima kasih temanku ustaz Agus maidi..
Friday, August 6, 2010
Tempahan Nazirul
Alhamdulillah kerana berjaya siapkan tempahan seterusnya. Masih banyak lagi tempahan yang perlu disiapkan dan memerlukan komitmen yang tinggi. Aku sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menyiapkan semua tempahan secepat mungkin. Kekangan waktu merupakan dugaan utama dalam menyiapkan tempahan. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan. Terima kasih kepada Nazirul kerana sudi menempah, guru pelatih yang sedang berpraktikum di sekolah aku. Takut juga nak terima tempahan sebab nazirul adalah guru pendidikan seni. Diharap berpuas hati dengan hasil kerja aku.
Wednesday, August 4, 2010
TEMPAHAN A3 SIZE (SAMPLE)
Tempahan pertama bersaiz A3 yang aku peroleh selepas hampir sebulan aku menerima tempahan. Terima kasih kepada Puan Fariha dan Suami kerana mempercayai hasil kerja ku. Dengan kekangan waktu yang ada, aku berusaha 200% untuk menyiapkannya. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku siapkan. Sebelum potret Puan Fariha ni, masih ada satu lagi tempahan dari sahabatku tetapi tak dapat di upload sbb ada maslah dengan memory kamera aku. Maaf kepada Jazly kerana tidak dapat upload lukisan wajahnya ke Wall facebook. Kerana lukisan pertama bersaiz A3, maka aku jadikannya sebagai sample lukisan bersaiz A3. Terima kasih sekali lagi kepada puan Fariha..
Tuesday, August 3, 2010
Potret Tempahan
Puan Syarifah Ajar Syed Endut..tempahan yang aku peroleh dari anak murid aku..mak dia. Dah lama aku siapkan potret ni. Tapi tak berkesempatan untuk upload. Sibuk dengan tugas hakiki kebelakangan ni. Alhamdulillah berjaya disiapkan dan telah diberikan kepada tuan yang menempah.. DIharapkan berpuas hati. Terima kasih kerana sudi menempah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ada ruang kosong keheningan, demikian engkau lelah... masukilah. Ada ruang sepi, menyendiri... menemui erti dibalik sunyi..